Friday, 2 December 2011
Sunyi Malam Di Kala Keciritan...
Tatkala manusia lain enak membuai mimpi
Tatkala kesejukan malam menyelimuti
Aku kesunyian cuba memujuk diri
Malam merangkak semakin jauh
Sedetik demi sedetik menuju Subuh
Namun aku pegun di sini memeluk tubuh
Malam ciptaan ALLAH yang dikagumi
Ia detik yang cukup sepi
Selepas memerah keringat di siang hari
Demi mencari sesuap rezeki
Malamlah tempat merehatkan diri merawat emosi
Namun aku masih merenung kegelapan
Kesunyian dalam kedinginan
Mendakap erat perasaan
Agar malam dapat menghilangkan kegusaran
Biarpun ku dakap dan ku peluk
Ceramukan fikiran terus mengamuk
Seakan sukar untuk dipujuk
Tiada lagi mahu mengangguk
Walau keras sudah ku pujuk
Semakin ganas semakin teruk
Tiada lagi jalan
Keenakan kamar perlu ditingalkan
Kesedapan selimut harus kulupakan
Apa yang sekarang meracau fikiran
Aku perlu mancari jamban
Tempat melepaskan segala tekanan
Takut terburai kalau ditahan
Melepaskan ia ke dalam kumbahan...
created by aRMaNiZaN (2-12-2011- 1.50 a.m)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment