Monday 20 June 2011

Kartunis Qayyum Meninggal Dunia




KUALA LUMPUR: Editor dan penulis majalah kartun lawak antarabangsa, Ujang iaitu Rasdan Abdul Rahim, 41 atau lebih dikenali sebagai Qayyum (Gambar) meninggal dunia akibat serangan jantung, di rumahnya, di Fair Ville, USJ 22, dekat sini, malam kelmarin.

Isterinya, Suhaila Samsudin, 32, ketika dihubungi berkata, sebelum kejadian dia bersama suami dan anaknya ke ibu kota petang kelmarin atas urusan keluarga sebelum mereka pulang ke rumah kira-kira jam 9 malam.


Katanya, sewaktu menaiki tangga rumah suaminya tiba-tiba mengalami serangan jantung dan terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun doktor mengesahkan suaminya sudah meninggal dunia kira-kira jam 9.28 malam.

“Sebelum meninggal arwah sudah empat tahun mengidap penyakit jantung dan bergantung hidup pada ubat. Namun saya tidak menyangka semalam (kelmarin) adalah saat terakhir kami bersamanya,” katanya.


Arwah Qayyum semasa melakonkan watak Mat Despatch dalam Sitkom Ujang..


P/S-sumber dari dan thanks Metro Online (http://www.hmetro.com.my/articles/KartunisQayyummeninggaldunia/Article)
- sama-sama kita sedahkan Al-Fatihah kepada Arwah, moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Amin..

Juara Piala FA 2011!!!



Tahniah diucapkan kepada skuad Penyu kerana telah berjaya merangkul Piala FA pada tahun ini. Syabas diucapkan kepada Terengganu. Kepada skuad Red Warrior kesayangan kawe, kalah menang adat pertandingan. Moga tahun depan ia menjadi milik kita.

Juga syabas kepada Polis, FAM dan penyokong kedua-dua pasukan kerana tiada insiden yang tak diingini berlaku pada malam itu. Biarpun masih ada segelintir penyokong yang 'nakal'membaling mercun, ia tidak melarat menjadi lebih parah.

Tak lupa buat abe ipar kawe orang Terengganu. Syabas Abe Long puak Teganu mene des..

Sekali lagi syabas buat skuad Terengganu...



P/S- Video thanks to Astro Arena, SokerNet.COm and youtube

Saturday 4 June 2011

Senyum Sembelit 1




Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
"Siapa di luar?,"teriak orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"


Bapa Dan 3 Anaknya

Seorang bapa berjalan dengan 3 orang anaknya, masing-masing berumur 8, 5 dan 3 tahun. Mereka memasuki kedai tempat saya bekerja. Bapa itu nampak berfikir keras ketika saya bertanya,
"Ada yang dapat saya bantu?"
"Saya berasa perlu untuk membeli sesuatu, tetapi saya tidak dapat mengingati apa yang ingin saya beli," jawab bapa itu. Lalu bapa itu memandang ke arah anak-anaknya dan bertanya, "Baiklah anak-anak, selain katil dan pintu bilik mandi, benda apa lagi yang korang rosakkan dalam minggu ini?"

Warga Myanmar dan Amerika

Seorang warga Myanmar sedang berdialog dengan warga Amerika.
Amerika : " Di negara saya, kami bebas mengatakan " JATUHKAN BUSH! HAPUSKAN BUSH! " di depan umum. Adakah di negara andapun demikian ? "
Myanmar : " Tiada masalah, mahu bukti ? Silakan datang ke negara kami "
Kerana ingin tahu, warga Amerika itupun datang ke Myanmar.Maka setelah bertemu dengan kenalan Myanmarnya,mereka berdua pun pergi ke depan Istana Presiden dan dengan lantang warga Myanmar itu meneriakkan :"JATUHKANKAN BUSH! HAPUSKAN BUSH!

P/S- thanks and credit to who create this funny story..aRMaNiZaN
Copyright © 2010 aRMaNiZaN mONoLOck | Design : Noyod.Com | Images: Moutonzare