Saturday 17 December 2011

Apa itu PERASAN?


Perasan- setiap insan yang bernama manusia mesti tidak dapat lari dari memiliki perasaan ini. Tak kira lelaki, wanita, tua, muda, kecik, besar, kurus, gebok atau cikeding semestinya ada jugak anasir perasan dalam diri mereka. Cuma, perasan ni bergantung kepada setiap individu. Budak-budak dengan kaedah perasannya. Orang dewasa dengan perasan mereka. Perasan semasa kecik dianggap cute bila anak kecil memakai baju yang cantik kemudiannya menunjuk-nunjuk kepada orang lain. pasti rami yang akan memuji dan gembira terbit dalam diri kanak-kanak itu. Kiranya, perasan ni bagus diimplimentkan dalam diri kalau dia tu budak kecik. Namun jika perasan ni ada dalal diri orang dewasa mahupun tua, mual adalah konotasi yang sesuai untuk menjelaskan situasi yang sebenar.

Sebelum kita mengkaji dengan lebih menjunam perasan ni, elok kita tahu gapo dia rimau kah perasan ini. Apa bendanya perasan ni? Adakah ia ni perasaan? Ya, perasan ni melibatkan perasaan. Ia adalah sifat yang ada dalam diri manusia. Ia tidak boleh dipegang kerana ia adalah bersifat abstrak (tidak boleh dipegang, bentuknya tidak tetap dan berubah-ubah) dan bukannya konkrit (boleh dipegang). Sikap ini sebenarnya berunsur negatif kerana ia mampu menguasi manusia sekaligus mengganggu daya pemikiran dan penaakulan mereka. malah kadang kala perasan mempu membuatkan manusia hilang pertimbangan. Namun, skala kenegatifannya adalah rendah semasa manusia itu kanak-kanak, tetapi akan meningkat ke paras merbahaya bila manusia itu meningkat dewasa. Malah, proses sosialisasi manusia turut menyumbang kepada peningkatan skala negatif ini.

Terdapat dua jenis perasan. Yang pertama ialah sikap perasan yang peka atau sedar kepada keadaan sekitar. Iaitu kita perasan yang melibatkan pandangan. Contohnya, kes 1 kita naik kereta dengan laju, kemudian kita PERASAN ada kanak-kanak melintas, oleh itu kita pun memperlahankan kereta atau memberhentikannya. Kenapa kita berhentikan kereta? Kerana kita PERASAN (terlihat, sedar) yang ada kanak-kanak. Kalau kita tidak perasan, sudah tentu penyeklah kanak-kanak itu. Atau macam kes 2, kita ke pasaraya untuk window shopping. Tengah berjalan kita PERASAN ada orang memandang kita, dan kita tak PERASAN yang lupa zip seluar. Jadi PERASAN kali ini adalah meibatkan kesedaran kita terhadap keadaan sekeliling. Habis..

Perasan yang ke dua, ini yang ditakuti. Peraasan ini ialah satu attitude yang menyebabkan manusia lupa siapa dirinya yang sebenar. Perasan ini menyebabkan trbitnya di dalam dir seseorang itu satu perasaan mazmumah yang seperti “aku paling lawa”, “akulah paling kacak”, “baju aku yang paling cantik”, “badan aku paling tough”, “kereta aku paling mahal”, dan sebagainya lagi. Maksudnya adalah meluas dan skop jangkauannya juga besar. Kes PERASAN ini mudah dilihat di mana-mana sahaja. Cuba pejamkan mata anda dan renungkan sejenak, sikap PERASAN ini di depan anda rupanya. Atau mungkin ada pun 2 X 5?

PERASAN ini merupakan perkara yang paling banyak dapat dilihat. Di jalanraya, pasar raya, bandar raya malah di hari raya sekalipun PERASAN ini akan menampakkan diri. Kes 1, ada seorang perempuan ini wajahnya Alhamdulillah, ALLAH S.W.T sudah memberikan mata 2, lubang hidung ada 2, mulut ada 1, tetapi. Kiranya dia tiada cacat cela dan harus bersyukur kepada ALLAH S.W.T. Namun, lain yang jadi apabila PERASAN menguasai dirinya menyebabkan dia PERASAN lawa dan PERASAN dirinya perfect. Sedangkan dia kena ingat, ramai lagi manusia yang LEBIH dari dia. Namun, dia tidak menyedari hal ini atau buat-buat tak sedar atau memang tak sedar diri dengan mulalah memakai pakaian yang seksi bagi perempuan dan yang seksa bagi lelaki. Mereka sengaja menunjuk-nunjuk “akulah yang terhebat dari kau”. Berjalan pun mendada dan terkangkang supaya nampak mereka lain dari yang lain. Sedangkan mereka alpa, sempurna mereka ALLAH S.W.T lebih sempurna. Tak perlulah nak PERASAN kerana kadang-kala PERASAN ini menyebabkan orang menyampah dan muntah-muntah.

Biarpun kaki PERASAN ini tidak pernah melaung-laungkan slogan PERASAN mereka tetapi dari kelakuan, tindak tanduk atau percakapan mereka jelas sudah terang lagi bersuluh spotlight yang adanya unsur PERASAN dalam diri mereka ini. PERASAN ini juga juga menjadi lebih berbahaya jika ia sampai ke peringkat mempengaruhi orang lain supaya sekapal dengan mereka.

Moralnya, PERASAN itu baik kalau ia melibatkan kesedara kita kepada keadaan sekitar dan menjadi tidak baik jika membuatkan kita tidak sedar diri dengan keadaan sekeliling. Apa yang diharapkan kajian kali ini menelanjangi siapakah PERASAN itu sebenarnya. Bila kita kenal PERASAN yang sebenar, maka mudahlah untuk saya dan anda semua mengelakkan diri. Apa yang diharapkan, buangah sikap terkutuk ini dan banyakkan besyukur dengan apa yang kita miliki kepada ALLAH S.W.T. Sekian… aRMaNiZaN

0 comments:

Copyright © 2010 aRMaNiZaN mONoLOck | Design : Noyod.Com | Images: Moutonzare