Thursday 18 August 2011

Senyum Sembelit


Yang Paling Berharga

Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja.
"Saya sama sekali tidak mencurinya,Yang Arif " kata si pemuda itu membela diri.
"Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat terpaksa saya mengambil motornya. "

Keadaan Suami

Seorang isteri menemani suaminya untuk pemeriksaan kesihatan. Selesai pemeriksaan, doktor memanggil isteri tersebut untuk membicarakan keadaan suaminya, berdua saja.
"Suami puan menderita penyakit yang cukup berat, yang di pengaruhi stress yang menimpa dirinya. Jika puan ingin suami puan tetap hidup, lakukan nasihat2 yang saya berikan," kata doktor.
"Pagi hari buatkan sarapan yang enak. Perlakukan suami dengan baik dan lembut. Untuk makan siang, buatkan menu yang lengkap gizinya. Malam harinya sajikan makan malam yang istimewa. Jaga perasaannya, jangan bebani dia dengan pekerjaan rumah tangga dan jangan berkeluh kesah. Jika puan tidak melakukan semua itu, puan akan kehilangan suami," tambahnya.
Dalam perjalanan pulang, si suami bertanya kepada isterinya, "Apa kata doktor tentang penyakitku?"
"Kamu akan meninggal..."

Janji

Pengakuan seorang suami: "Setelah mendengar ceramah perkahwinan tiga hari yang lalu, saya dan isteri sepakat memegang janji untuk tidak akan pergi tidur kalau masih marah. Tapi mungkin kami harus membatalkan perjanjian itu kerana sudah tiga hari tiga malami kami tidak tidur....."

P/S- thanks and credit to who create this funny story..aRMaNiZaN

0 comments:

Copyright © 2010 aRMaNiZaN mONoLOck | Design : Noyod.Com | Images: Moutonzare