Wednesday 17 August 2011

Kuih Jala Mas

Sebelum kawe bercerita panjang sebelum tu nak kawe ingatkan diri kawe dan blogwalker sekalian sempena bulan Ramadhan ini, kita bersama-sama pertingkatkan amalan kepada ALLAH S.W.T agar kita mendapat rahmat, keampunan dan dijauhkan dari api neraka. Sambil tu, bagi cik kak dan cik abang yang tercari menu berbuka puasa, ni ada satu jenis kuih yang jarang orang sekarang kenali..jeng jeng jeng


Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.

Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.

Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, atau perkahwinan. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.

Asal

Kuih jala mas ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu. Pada masa dahulu, ia biasanya dikhaskan bagi hidangan raja dan kaum bangsawan. Ini disebabkan kos penghasilan yang mahal dan cara menghasilkannya yang rumit. Sehingga kinipun, dikalangan orang biasa ia terhad pada peristiwa istimewa, terutama sebagai hantaran pada acara perkahwinan, atau pertunangan.

Nama

Nama jala mas mungkin diambil dari warnanya yang kuning keemasan dan bentuknya seperti jala. Secara tradisi, dalam kebudayaan Melayu tradisi, warna kuning keemasan dikhaskan bagi golongan raja-raja sahaja.

Penyebaran

Kuih jala mas ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu yang sudah biasa dan mempunyai banyak hidangan kuih yang manis-manis belaka. Oleh kerana kos pembuatan yang tinggi, ia tidak banyak dijual begitu sahaja, dan biasanya jala mas yang bermutu perlu ditempah lebih awal, dan biasanya hanya ditempah bagi acara istimewa. Ia lebih popular sebagai hidangan pengantin kerana kandungan kuning telur dan gula yang tinggi dikatakan sebagai pemberi tenaga yang baik.

Kuih jala mas kurang popular di negeri lain di Malaysia, disebabkan rasanya yang amat manis. Ia mempunyai rasa bertali dari juraian kuning telur yang disira dalam air gula. Sebagaimana mas sejemput, ia dihidangkan secara atas darat (tidak berkuah) dan dihias.

Kuih jala mas kurang dikenali dikalangan golongan muda kerana ia tidak dijual secara meluas. Kebanyakan orang hanya dapat melihatnya semasa majlis perkahwinan. Ia juga tidak sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang atau ringan kerana rasanya yang amat manis. Oleh itu cita rasanya terhad pada golongan tertentu sahaja

P/S- Sebetulnya sekarang masa kahwin jarang kuih ini dihidangkan. Ia kalau ada pun semasa bulan puasa. Namun ia kebanyakan di jual di bazar Ramadhan sekitar negeri Kelantan & Terengganu sahaja...aRMaNiZaN

Sources thanks to Wikipedia

0 comments:

Copyright © 2010 aRMaNiZaN mONoLOck | Design : Noyod.Com | Images: Moutonzare