Friday 8 July 2011

Senyum Sembelit 2




Sejuk Sangat

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang beserta 2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan." "Mmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Jadi, saya matikanlah kipas Helikopter tu..."

Jangan Terlalu Yakin

Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : " Syukurlah, semuanya sudah berlalu..."
"Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi....!"
Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya menyela :
"Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.."
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru :
"Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?"

Juruterbang Bodoh


Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di udara. "May day,may day,may day...!!",terdengar juruterbang siarkan S.O.S melalui radio.
"Pesanan anda didengar jelas,"kata petugas dek menara pengawas,"Harap beritahukan tinggi dan posisi anda segera..!!"
"Ya,baik,"jawab juruterbang itu,"Saya tinggi 1.8 M dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"

P/S- thanks and credit to who create this funny story..aRMaNiZaN

0 comments:

Copyright © 2010 aRMaNiZaN mONoLOck | Design : Noyod.Com | Images: Moutonzare