Monday 25 July 2011

Senyum Sembelit 3




Angka 13

Ketukan di pintu mengejutkan sepasang kekasih yang sedang berkasih-kasihan dengan asyiknya..
"Cepat, itu suamiku," kata si wanita yang diserang ketakutan. "Loncatlah dari jendela!"
"Tunggu dulu. Kita kan sedang di tingkat 13!" bantah si lelaki.
"Cepat loncat!" teriak si wanita dengan paniknya. "Keadaan sudah gawat beginikamu masih percaya tahyul dan soal angka sial!"

Mahu Berbisik


Seorang anak kecil berlari masuk ke ruang tamu pada ketika mama dan papanya sedang menjamu rakan-rakannya.
"Mama!!" teriaknya, "Saya ingin kencing."
Si mama membawa si anak ke bilik mandi dan berkata,"Boboy, lain kali kalau kamu hendak ke bilik air utk kencing maka katakanlah,'Mama, saya mahu berbisik.' Itu lebih sopan,faham?"
"Baik mama.." kata si anak.
Beberapa malam kemudian, si anak terbangun dan berasa hendak kencing. Dia masuk ke kamar papa dan mamanya lalu mendekati mamanya yang sedang tertidur lelap.
"Mama, saya mahu berbisik," katanya sambil menggoncang-goncang tubuh mamanya. Dengan malas dan mengantuk, mamanya yang masih setengah tidur berkata , "Aduh Boboy.., kamu selalu mengganggu mama. Kalau mahu berbisik, pergilah berbisik di telinga Papa di sana...

Dua Ekor Anjing

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi. Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata, "Rileks la, aku ni kan anjing laut."

Panggilan Sayang

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...
Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu." Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."


P/S- thanks and credit to who create this funny story..aRMaNiZaN

0 comments:

Copyright © 2010 aRMaNiZaN mONoLOck | Design : Noyod.Com | Images: Moutonzare