Tuesday, 26 July 2011

Semangat Kejiranan



Dalam Islam, 40 biji rumah keliling dari rumah kita adalah jiran tetangga. Dalam Islam juga, kita mempunyai tanggungjawab terhadap jiran kita. Misalnya, jika jiran kita ditimpa musibah hendaklah kita menolong sedaya yang mampu. Kita juga diwajibkan berbaik-baik dengan jiran. Bergaduh adalah jauh sama sekali. Tolong-menolong juga adalah satu kemestian sekiranya ada kenduri kendara. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul adalah gambaran yang betul sesama jiran. Malah, jiran boleh juga diumpalan sebgai 'adik-beradik' sekampung yang menuntut bak kata pepatah Melayu lama 'cubit peha kanan, peha kira terasa sakit'.

Namun, sekarang sukar untuk melihat perkara sedemikian rupa berlaku. Di kampung, masih ada lagi semangat kejiranannya. Itu pun sudah dikira loose jika hendak dibandingkan dengan 10-20 tahun yang lalu. Kalau dahulunya sewaktu kawe kecik, kalau kawe ni bermian di tepi pantai atau sungai pasti dipiat oleh jiran-jiran. Mereka menganggap anak jiran seumpama anak sendiri. Maka mereka berani memukul atau memarahi anak jiran asalkan membawa kepada kebaikan. Nah sekarang! Jika dibuat semacam itu, pasti akan dilihat berlaku wrestlemania di antara ibu budaj yang dipiat dengan jiran mereka.

Apa yang kawe cuba hendak sampaikan ialah bagaimana semangat 'adik-beradik' sesama jiran, kepercayaan dan keserasian tidak lagi wujud dan tidak lagi sekukuh dahulu. Kalau mata kita dibundarkan dan lihatlah di nbandar-bandar, sememangnya sudah pupus semangat kejiranan. Buktinya, kita tidak lagi mengenali jiran sendiri. Macam kawe, kawe kenal jiran kawe iaitu sekumpulan Mat Bangla yang menyewa di depan rumah kawe.

Jika ada pun mengenali jiran, itu pun disebabkan semangat kronisme. Mangapa kawe boleh bercakap seharam jadah begini? Sebabnya ia berlaku kepada batu jemala kawe sendiri. Past two years, when my first time masuk ke rumah sewa kawe ini... kawe cuba-cublah berbaik dengan jiran-jiran kawe dengan menegurmereka. Ada la jugak 2,3 orang bro yang memberikan respon baik! Namun 87% mereka hanya menjeling maut sahaja tanpa bo layan senyuman manis berkrim kawe.

Nak kata bisu atau pekak bila jumpa sesama mereka kecoh semacam babuun berebut makanan pulak. Kawe pun tidaklah ambil pot sangat. Then, after 3 or around 4 month later, bila ada penyewa baru di tingkat atas masuk, maka terjawablah persoalan kawe. Based on my new neighbour, barulah kawe tahu yang orang lama di flet kawe tinggal ini seolah-olah tidak suka ada orang yang baru datang tinggal di sini. mereka tidak dapat menerima kehadiran orang lain yang bukan dari kelompok babuun mereka. Lebih-lebih lagi yang baru datang tinggal di sini lebih kacak, kereta lebih besar atau bini lebih lawa akan tidak dipedulikan lagi. Jadi, kawe pun dah faham nature primat ini dan kawe pun tak nak ambil pot dah!!!

Apa yang nak dijelaskan ialah, perlu dipertingkatkan lagi semangat kejiranan di kalangan kita rakyat Malaysia terutama yang berhabitat di bandar. Bukan apa, semangat kejiranan yang tinggi bukan sahaja mampu mewujudkan kemesraan dan melahirkan masyarakat harmoni, tetapi bila tiba musim raya atau bila kita pergi kerja, jiran inilah akan tolong tengok-tengokkan anak-anak atau rumah tangga kita. Lebih penting lagi bila kita menyembah bumi (mati) jiran tetangga inilah juga yang akan menguruskan, menyembahyang, menanam dan mendoakan jenazah kita kelak. Betul tak....? aRMaNiZaN

0 comments:

Copyright © 2010 aRMaNiZaN mONoLOck | Design : Noyod.Com | Images: Moutonzare