Tuesday, 26 July 2011

Makaroni Goreng

Sempena bulan Ramadhan yang semakin hampir ni, aRMaNiZaN ada resipi untuk dikongsi bersama dengan akak-akak kat luar sana. Sama-asama kita gandakan amalan dan beribadah kepada ALLAH S.W.T di dalam bulan yang penuh berkat ini. Sambil-sambil tu, cubalah resipi ini untuk pikat hati suami..selamat beribadah dan memasak...



Bahan-Bahan

500g makaroni (sudah direbus)
250g daging cincang
2 sudu besar gula madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil serbuk lada putih
1 biji bawang besar dihiris
minyak secukupnya
garam secukup rasa
2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang putih dikisar
½ sudu kecil serbuk buah pala
daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris halus)
100g udang
100g lobak merah dihiris

Cara Cara


• Perapkan daging cincang dengan kicap cair dan gula madu.
• Panaskan sedikit minyak dan goreng daging. Masukkan sedikit mentega, serbuk lada putih, garam dan sos tomato. Gaul rata sebelum diangkat.
• Panaskan minyak di kuali baru dan tumis bawang putih kisar. Kemudian masukkan bawang besar diikuti dengan udang dan makaroni.
• Masukkan serbuk buah pala, serbuk lada putih dan sedikit mentega.
• Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun sup dan daun bawang.
• Hidangkan makaroni dengan meletak daging cincang di atasnya.

P/S- thanks to who created this recipe..aRMaNiZaN

0 comments:

Copyright © 2010 aRMaNiZaN mONoLOck | Design : Noyod.Com | Images: Moutonzare