Friday, 2 December 2011

Bacaan Surah Yasin...



-sama-sama kita dengar dan hayati keindahan ayat suci Al-Quran (Surah Yasin)..aRMaNiZaN

Sunyi Malam Di Kala Keciritan...



Tatkala manusia lain enak membuai mimpi
Tatkala kesejukan malam menyelimuti
Aku kesunyian cuba memujuk diri

Malam merangkak semakin jauh
Sedetik demi sedetik menuju Subuh
Namun aku pegun di sini memeluk tubuh

Malam ciptaan ALLAH yang dikagumi
Ia detik yang cukup sepi
Selepas memerah keringat di siang hari
Demi mencari sesuap rezeki
Malamlah tempat merehatkan diri merawat emosi

Namun aku masih merenung kegelapan
Kesunyian dalam kedinginan
Mendakap erat perasaan
Agar malam dapat menghilangkan kegusaran

Biarpun ku dakap dan ku peluk
Ceramukan fikiran terus mengamuk
Seakan sukar untuk dipujuk
Tiada lagi mahu mengangguk
Walau keras sudah ku pujuk
Semakin ganas semakin teruk

Tiada lagi jalan
Keenakan kamar perlu ditingalkan
Kesedapan selimut harus kulupakan
Apa yang sekarang meracau fikiran
Aku perlu mancari jamban
Tempat melepaskan segala tekanan
Takut terburai kalau ditahan
Melepaskan ia ke dalam kumbahan...



created by aRMaNiZaN (2-12-2011- 1.50 a.m)

Tuesday, 29 November 2011

Durian Oh Pulut Durian!!!


Sedapnya bila baca tajuk posting terbaru kawe kali ni. Mana taknya, sebut sahaja durian semua orang akan terbayang aroma baunya yang menyengat rongga hidung. Warnanya menggangu emosi. Rasanya pulak, angau dibuatnya. Kenapa pulak kawe cakap pasal durian ni? Haa.. ada ceritanya. Menu dinner malam ni ialah pulut durian.. nyum nyum.

Petang tadi 29-11-2011 merangkap hari Selasa, kawe dan isteri ke pasar malam di Kota Damansara di sebelah stesen minyak Shell (highway Sg. Buloh-Subang). Sampai je sana kawe terpandanglah satu gerai menjual durian yang letaknya betul-betul di muka pintu masuk pasar malam tersebut. Apa lagi, dengan perasaan girang kawe pun belilah 2 biji. Lama dah tak makan durian tambah-tambahan isteri kawe pulak tengah mengidam.

Masa nak beli tu,kawe pilihlah sendiri tetapi tindakan kawe seolah-olah tidak disenangi oleh penjual. Walhal kawe ni adalah pelanggan dan adalah HAK kawe untuk dapatkan produk terbaik kerana kawe bayar.

Lepas tu bila salah seorang pekerja mengopek durian tersebut, kawe tengok isinya putih dan seolah-olah buah durianitu sudah lama. Lantas kawe cakap tak mahu durian tersebut dan meminta dipilih buah lain. Namun kecewanya, pekerja tersebut tidak mahu memberikan buah lain dan berkeras supaya kawe ambil jugak buah yang itu. Keadaan nak jadi tegang dan bimbang takut diparang oleh pekerja itu, maka kawe dengan berat hati,berat jantung dan berat paru-paru terpaksalah kawe ambil durian tersebut.

Sampai je di rumah, isteri kawe terus masak pulut. Lepas maghrib, punyalah excited kami berdua untuk menikmati dinner malam tu sampai tak nak makan nasi pun. Takut bila makan nasi, kenyang pulak nak makan pulut durian.

Bila dikopek sahaja durian tersebut, luluhnya hati bila melihat durian dua biji yang dibeli sudah berulat, buruk, bucuk, cikebambam. Ke dua-dua biji duiran tersebut hanya 50% sahaja yang elok di makan. Betapa kecewa dan tidak puas hatinya kawe akibat tidak dapat menikmati pulut durian yang elok isinya.

Apa yang kawe nak ceritakan ialah bukan kawe berkira duit membeli durian, tetapi apa yang dikesalkan ialah sikap penjual durian itu yang tidak jujur dalam berniaga. Mereka berniaga ala paksa dan mementingkan keuntungan semata-mata. Juga tidak peka dan sensitif kepada kehendak pelanggan.Kawecukup terkilan.Apa yang kawe harap, agar orang lain tidak akan terkena @ terkantoihoi seperti kawe dan kepada sesiapa yang nak beli durian, hati-hatilah nanti kempunan kepundet macam kawe dan isteri...papaiii

Saturday, 26 November 2011

Mee Udon Dan Udang Tempura



Bahan-Bahan

Bahan untuk SOUP:

Beberapa hiris Celery
Beberapa hiris Lobak merah
Beberapa keping Cendawan shitake
Sedikit serbuk Ikan
Sedikit serbuk Pes mee so
Kepingan Ikan salmon
½ biji Bawang besar
2 ibu jari Halia - dihiris

Bahan untuk UDANG TEMPURA

5 ekor Udang - dibuang kulitnya dan dibersihkan
3 hiris Lada banggala merah dan hijau
2 biji Kuning telur- dikocok
7 keping Cendawan shitake
7 keping Hirisan lobak merah
Serbuk lada rogarushi
Tepung tempura

Cara Cara

Cara – Cara Untuk Sup
•Rebus kesemua bahan selama ½ jam, kemudian keluarkan.
•Air rebusan tadi jangan dibuang, masukkan serbuk ikan dan pes mee so ke dalamnya, dan kacau rata.

Cara – Cara Untuk Udang:
•Bancuh tepung dengan kuning telur hingga sebati.
•Salut kesemua bahan dengan tepung tempura, kemudian celup pada bancuhan tepung dan goreng.

Cara menyediakan MEE UDON:
•Celur mee udon ke dalam air mendidih selama 1 minit.
•Tapis airnya dan masukkan ke dalam mangkok.
•Tuang soup, masukkan hirisan sayur dan tabur serbuk lada rogarushi serta bawang goreng di atasnya.
•Hidangkan bersama udang goreng tempura.

P/S- thanks to who created this recipe..aRMaNiZaN

Friday, 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha... aRMaNiZaN

Ust Azhar Idrus - Hukum Berkaraoke



Source thanks to YouTube and pakim86

Sunday, 30 October 2011

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011


Persoalan siapa juara malam ini akhirnya terjawab. Tahniah diucapkan kepada skuad Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia 2011 menewaskan Terengganu 2-1. Seperti dijangkakan, Hai-O pasti akan melakukan kejutan pada malam ini. Dan nah! 3 tahun berturut-turut Hai-O menjulang Pila Malaysa iaitu pada 2009 bersama Negeri Sembilan, 2010 bersama Kelantan dan tahun ini 2011 sekali lagi bersama Negeri Semabilan. Salute dan tabik buat player terbaik Piala Malaysia edisi 2011 ini.

Buat Terengganu, tahniah juga dengan naib juara dan masih ada lagi tahun hadapan untuk mencuba. Kita nantikan Kelantan bakal berjumpa Negeri Sembilan untuk Piala Sumbangsih nanti...


Wednesday, 26 October 2011

Turkey Earthquake

ALLAHUAKHBAR... 14 days old baby pulled alive from rubble



Source thanks to YouTube and RussiaToday

Friday, 23 September 2011

aRMaNiZaN Little Busy


Assalamualaikum dan salam blogger. Sudah lama rasanya tak update blog....Kawe agak sibuk selepas majlis perkahwinan yang berlangsung.. Soon kawe akan update blog tercinta ini.. aRMaNiZaN
Copyright © 2010 aRMaNiZaN mONoLOck | Design : Noyod.Com | Images: Moutonzare