Tuesday, 29 November 2011

Durian Oh Pulut Durian!!!


Sedapnya bila baca tajuk posting terbaru kawe kali ni. Mana taknya, sebut sahaja durian semua orang akan terbayang aroma baunya yang menyengat rongga hidung. Warnanya menggangu emosi. Rasanya pulak, angau dibuatnya. Kenapa pulak kawe cakap pasal durian ni? Haa.. ada ceritanya. Menu dinner malam ni ialah pulut durian.. nyum nyum.

Petang tadi 29-11-2011 merangkap hari Selasa, kawe dan isteri ke pasar malam di Kota Damansara di sebelah stesen minyak Shell (highway Sg. Buloh-Subang). Sampai je sana kawe terpandanglah satu gerai menjual durian yang letaknya betul-betul di muka pintu masuk pasar malam tersebut. Apa lagi, dengan perasaan girang kawe pun belilah 2 biji. Lama dah tak makan durian tambah-tambahan isteri kawe pulak tengah mengidam.

Masa nak beli tu,kawe pilihlah sendiri tetapi tindakan kawe seolah-olah tidak disenangi oleh penjual. Walhal kawe ni adalah pelanggan dan adalah HAK kawe untuk dapatkan produk terbaik kerana kawe bayar.

Lepas tu bila salah seorang pekerja mengopek durian tersebut, kawe tengok isinya putih dan seolah-olah buah durianitu sudah lama. Lantas kawe cakap tak mahu durian tersebut dan meminta dipilih buah lain. Namun kecewanya, pekerja tersebut tidak mahu memberikan buah lain dan berkeras supaya kawe ambil jugak buah yang itu. Keadaan nak jadi tegang dan bimbang takut diparang oleh pekerja itu, maka kawe dengan berat hati,berat jantung dan berat paru-paru terpaksalah kawe ambil durian tersebut.

Sampai je di rumah, isteri kawe terus masak pulut. Lepas maghrib, punyalah excited kami berdua untuk menikmati dinner malam tu sampai tak nak makan nasi pun. Takut bila makan nasi, kenyang pulak nak makan pulut durian.

Bila dikopek sahaja durian tersebut, luluhnya hati bila melihat durian dua biji yang dibeli sudah berulat, buruk, bucuk, cikebambam. Ke dua-dua biji duiran tersebut hanya 50% sahaja yang elok di makan. Betapa kecewa dan tidak puas hatinya kawe akibat tidak dapat menikmati pulut durian yang elok isinya.

Apa yang kawe nak ceritakan ialah bukan kawe berkira duit membeli durian, tetapi apa yang dikesalkan ialah sikap penjual durian itu yang tidak jujur dalam berniaga. Mereka berniaga ala paksa dan mementingkan keuntungan semata-mata. Juga tidak peka dan sensitif kepada kehendak pelanggan.Kawecukup terkilan.Apa yang kawe harap, agar orang lain tidak akan terkena @ terkantoihoi seperti kawe dan kepada sesiapa yang nak beli durian, hati-hatilah nanti kempunan kepundet macam kawe dan isteri...papaiii

0 comments:

Copyright © 2010 aRMaNiZaN mONoLOck | Design : Noyod.Com | Images: Moutonzare