Tuesday, 29 November 2011
Durian Oh Pulut Durian!!!
Sedapnya bila baca tajuk posting terbaru kawe kali ni. Mana taknya, sebut sahaja durian semua orang akan terbayang aroma baunya yang menyengat rongga hidung. Warnanya menggangu emosi. Rasanya pulak, angau dibuatnya. Kenapa pulak kawe cakap pasal durian ni? Haa.. ada ceritanya. Menu dinner malam ni ialah pulut durian.. nyum nyum.
Petang tadi 29-11-2011 merangkap hari Selasa, kawe dan isteri ke pasar malam di Kota Damansara di sebelah stesen minyak Shell (highway Sg. Buloh-Subang). Sampai je sana kawe terpandanglah satu gerai menjual durian yang letaknya betul-betul di muka pintu masuk pasar malam tersebut. Apa lagi, dengan perasaan girang kawe pun belilah 2 biji. Lama dah tak makan durian tambah-tambahan isteri kawe pulak tengah mengidam.
Masa nak beli tu,kawe pilihlah sendiri tetapi tindakan kawe seolah-olah tidak disenangi oleh penjual. Walhal kawe ni adalah pelanggan dan adalah HAK kawe untuk dapatkan produk terbaik kerana kawe bayar.
Lepas tu bila salah seorang pekerja mengopek durian tersebut, kawe tengok isinya putih dan seolah-olah buah durianitu sudah lama. Lantas kawe cakap tak mahu durian tersebut dan meminta dipilih buah lain. Namun kecewanya, pekerja tersebut tidak mahu memberikan buah lain dan berkeras supaya kawe ambil jugak buah yang itu. Keadaan nak jadi tegang dan bimbang takut diparang oleh pekerja itu, maka kawe dengan berat hati,berat jantung dan berat paru-paru terpaksalah kawe ambil durian tersebut.
Sampai je di rumah, isteri kawe terus masak pulut. Lepas maghrib, punyalah excited kami berdua untuk menikmati dinner malam tu sampai tak nak makan nasi pun. Takut bila makan nasi, kenyang pulak nak makan pulut durian.
Bila dikopek sahaja durian tersebut, luluhnya hati bila melihat durian dua biji yang dibeli sudah berulat, buruk, bucuk, cikebambam. Ke dua-dua biji duiran tersebut hanya 50% sahaja yang elok di makan. Betapa kecewa dan tidak puas hatinya kawe akibat tidak dapat menikmati pulut durian yang elok isinya.
Apa yang kawe nak ceritakan ialah bukan kawe berkira duit membeli durian, tetapi apa yang dikesalkan ialah sikap penjual durian itu yang tidak jujur dalam berniaga. Mereka berniaga ala paksa dan mementingkan keuntungan semata-mata. Juga tidak peka dan sensitif kepada kehendak pelanggan.Kawecukup terkilan.Apa yang kawe harap, agar orang lain tidak akan terkena @ terkantoihoi seperti kawe dan kepada sesiapa yang nak beli durian, hati-hatilah nanti kempunan kepundet macam kawe dan isteri...papaiii
Saturday, 26 November 2011
Mee Udon Dan Udang Tempura
Bahan-Bahan
Bahan untuk SOUP:
Beberapa hiris Celery
Beberapa hiris Lobak merah
Beberapa keping Cendawan shitake
Sedikit serbuk Ikan
Sedikit serbuk Pes mee so
Kepingan Ikan salmon
½ biji Bawang besar
2 ibu jari Halia - dihiris
Bahan untuk UDANG TEMPURA
5 ekor Udang - dibuang kulitnya dan dibersihkan
3 hiris Lada banggala merah dan hijau
2 biji Kuning telur- dikocok
7 keping Cendawan shitake
7 keping Hirisan lobak merah
Serbuk lada rogarushi
Tepung tempura
Cara Cara
Cara – Cara Untuk Sup
•Rebus kesemua bahan selama ½ jam, kemudian keluarkan.
•Air rebusan tadi jangan dibuang, masukkan serbuk ikan dan pes mee so ke dalamnya, dan kacau rata.
Cara – Cara Untuk Udang:
•Bancuh tepung dengan kuning telur hingga sebati.
•Salut kesemua bahan dengan tepung tempura, kemudian celup pada bancuhan tepung dan goreng.
Cara menyediakan MEE UDON:
•Celur mee udon ke dalam air mendidih selama 1 minit.
•Tapis airnya dan masukkan ke dalam mangkok.
•Tuang soup, masukkan hirisan sayur dan tabur serbuk lada rogarushi serta bawang goreng di atasnya.
•Hidangkan bersama udang goreng tempura.
P/S- thanks to who created this recipe..aRMaNiZaN
Friday, 4 November 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)