Tuesday, 20 March 2012
Senyum Sembelit
Bermain Muzik
Pesakit: "Doktor, berapa lama tulang saya yang retak ini akan sembuh ?"
Doktor: "Paling cepat enam minggu lagi "
Pesakit: "Bila saya telah sembuh, adakah saya akan mampu bermain muzik ? "
Doktor: "Oh .... tentu saja ! "
Pesakit: "Hebat! Padahal sebelum ini saya belum pernah bermain muzik. "
Buang Air
Si kecil Bobby didekati oleh penjaga kolam renang di sebuah kolam renang awam dan berkata, "Kamu tidak boleh buang air kecil di kolam renang ini! Kalau kamu masih berbuat demikian, aku akan melaporkan perbuatanmu ini kepada ayah dan ibumu!"
"Tapi banyak orang yang membuang air kecil di kolam renang,"
"Mungkin saja iya," kata si penjaga kolam, "tapi tidak dari papan loncat."
Puan Minah, Awak Kenal Saya?
Kejadian ini berlaku di dalam mahkamah di sebuah bandar kecil. Pihak Peguam Pendakwa Raya telah menjemput seorang wanita tua, Puan Minah, yang menjadi saksi dalam kes perbicaraan supaya tampil dikandang saksi. Pendakwa Raya itu pun memulakan pertanyaannya begini, "Puan Minah, awak kenal pada saya??"
Puan Minah pun menjawab,"Hah kenapa? Memang aku kenal kau Encik Dollah. Aku mengenali kau dari semenjak kau kecik anak lagi. Engkaulah satu satunya orang yang sangat menghampakan aku. Kau penipu besar, curang pada isteri, menggunakan kebijaksanaan kau bercakap dengan memutar belitkan ramai orang, dan suka mengata dan mengumpat hal tepi kain, dalam kain orang. Kau ingat kau dah jadik orang besau sekarang huh, sedang kau sebenarnya takda otak untuk menyedar diri sendirik yang kau bak umpama penolak kertas sampah jer. Memang aku kenal pada kau!?"
Peguam Pendakwa Raya itu sungguh terkejut dan malu besar. Tak tahu apa nak dilakukan, dengan muka yang dah merah padam tu maka dia pun menunjukkan jarinya ke suatu arah dibilik mahkamah itu sambil bertanya, "Puan Minah, awak kenal tak pada Penguam Bela itu??"
Puan Minah pun menjawab, "Hah apasal lak? Memang aku kenal betul Encik Zam tu dari kecik anak lagi, seperti mana aku mengenali kau. Aku pernah menjaganya ketika dia masih bayi lagi, kerana kesian kan mak bapaknya yang terpaksa bekerja pada waktu tu. Dia pun macam kau jugak, diantara satu satunya orang yang sangat menghampakan aku. Dia sangat pemalas, berfikiran sempit, dan kaki minum arak. Kerana sifat dan kelakuannya, dia susah berkawan dengan sesiapa pun. Dan kepakarannya dalam ilmu undang undang adalah yang paling teruk sekali diseluruh negeri ini. Tentu sekali aku kenal pada dia!?"
Kelihatan ramai hadirin yang tersenyum, ada yang ketawa berdekah-dekah, dan jadi riuh-rendah sidang perhakiman tersebut. Seterusnya serta-merta Hakim mahkamah menyuruh semua yang hadir diam, dan memanggil kedua-dua Peguam Pendakwa Raya dan Peguam Bela menghadapnya dimeja Penghakiman. Dengan suara yang perlahan, dan menunjukkan muka yang mengancam, Hakim tersebut berkata,"Sekiranya ada di antara kamu berdua yang bertanyakan pada perempuan tua itu samada dia kenal pada saya atau tidak, saya akan dakwa kamu dalam Akta Melanggar Undang Undang Perhakiman dan Menghina Mahkamah.
P/S- thanks and credit to who create this funny story..aRMaNiZaN
Thursday, 16 February 2012
Nasi Ayam 'Claypot'
Bahan-bahan (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris
Bahan-bahan (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Cara-cara
•Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
•Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
•Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.
P/S- thanks to who created this recipe..aRMaNiZaN
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris
Bahan-bahan (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Cara-cara
•Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
•Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
•Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.
P/S- thanks to who created this recipe..aRMaNiZaN
Tuesday, 17 January 2012
Tuesday, 3 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)